PROJEK
MENANDA BANGUNAN-BANGUNAN DAN
TAPAK-TAPAK WARISAN DI BANDAR TAIPING.
LATAR BELAKANG.
1. Terdapat lebih kurang 40 warisan pertama negara adalah di
Taiping (Lihat Lampiran A). Walau bagaimanapun, pada hari ini, hampir
separuh daripada tempat-tempat ini tidak wujud lagi. Jika kita tidak mengambil
langkah-langkah merekod dan menandakan
tempat-tempat ini yang masih ada
sekarang, nescaya kesemuanya nanti akan hilang dari pandangan dan
ingatan kita.
2. Penandaan
ini kelak, bukan hanya akan menentukan warisan ini tidak dilupakan malah ia
boleh menarik pelancong-pelancong ke Taiping untuk melihat tempat-tempat
warisan pertama dan yang paling awal diwujudkan di Tanah Melayu dan Malaysia.
OBJEKTIF PROJEK INI.
3. Objektif projek ini adalah seperti berikut:
a.
Menanda baki-baki 40 tempat warisan pertama negara yang
terdapat di
Taiping.
b.
Menentukan tempat-tempat ini tidak ditelan zaman atau
dilupakan.
c.
Menambah tarikan pelancong di Taiping.
d.
Mempertingkat bandar Taiping sebagai salah sebuah Bandar
Bersejarah
di Malaysia.
JENIS DAN BENTUK PENANDA
4. Penanda
akan dibuat daripada jenis logam tembaga berukuran 2 ½ kaki x 2 ½ kaki. Logo dan perkataan yang
akan dimuatkan di permukaan plat tembaga ( copper plate) ini akan di masukkan
secara “etching”. Nama-nama dermawan akan dimuatkan juga di atas permukaan plat
tembaga ini. Lihat design dan rupa bentuk plat tembaga pada Lampiran B.
HARGA PLAT
TEMBAGA TERMASUK “ETCHING”.
5. Harga plat
tembaga termasuk “etching” logo dan perkataan-perkataan adalah lebih kurang
RM1200. Kos ini tidak termasuk pemasangan dan membuat “mounting” yang kuat dan
tidak mudah divandalisme atau dicuri. Kos keseluruhan bagi setiap penanda
dianggarkan RM3000.
6. Merujuk
senarai pada Lampiran A, KCT berpendapat ada 25 buah bangunan warisan dan tapak
warisan sahaja yang boleh dipasang dengan penanda ini. Walau bagaimanapun,
bilangan ini boleh diperhalusi lagi jika perlu.
7. Oleh yang
demikian, kos keseluruhan adalah:
RM3000 x
25 = RM75,000
SUMBER KEWANGAN.
8. KCT belum mempunyai kewangan untuk membiayai
projek ini. Kami juga tidak mahu membebankan MPT. Kami berpendapat, projek
sebegini harus ditanggung oleh semua
warga Taiping serta syarikat-syarikat yang besar yang sudah sekian lama
beroperasi di Taiping. Lihat senarai pada Lampiran C. Inilah masanya
mereka boleh menyumbang sesuatu kepada bandar kita tercinta ini.
9. Kami mencadangkan mereka ini harus didekati untuk
menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membiayai kos projek yang berharga RM75,000
ini.
SURAT SOKONGAN DAN KEBENARAN DARI YDP MPT.
HARAPAN KCT.
11. Kami berharap
projek ini dapat dijayakan demi kebaikan bandar warisan kita. Jika tidak dibuat begini, tidak ramai warga
Malaysia khususnya warga Taiping menyedari bahawa terdapat 40 warisan pertama
di Tanah Melayu dan sekarang Malaysia adalah di Taiping.
12. Projek ini
juga, secara langsung, akan menentukan bangunan-bangunan dan tapak-tapak
warisan di bandar Taiping terpelihara dan tidak hilang begitu sahaja ditelan
zaman atau diabaikan begitu sahaja.
13. Kami juga
berharap agar projek ini boleh membantu
mencergaskan lagi industri pelancongan di negeri Perak, khususnya di bandar
Taiping.
Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,
LT KOL ROBERT RIZAL ABDULLAH PGB (BERSARA) PRESIDEN KELAB CINTAI TAIPING
Lampiran A
SENARAI 40 PERTAMA DI DALAM SEJARAH
TANAH AIR TERDAPAT DI TAIPING.
1.
Open mining activity pada tahun 1844
2.
Hill resort – Maxwell Hill – 1844
3.
Swimming pool – Coronation Swimming Pool – 1870
4.
Mosque – Masjid Tengku Menteri – 1870
5.
Rest House – 1870
6.
Artillery warehouse – 1870
7.
Magistrate court – 1874
8.
Balai Penghulu – 1875
9.
Resident’s house – 1877
10.
Pelabuhan – Port Weld – 1877
11.
Sekolah Inggeris Central – 1883 (KE VII)
12.
Police Force – 1879
13.
Pejabat kerajaan – 1879
14.
Post and telegraph office – 1880
15.
Lake Garden – Taiping Lake Garden – 1880
16.
Club – New Club – 1880
17.
Club – Perak Club – 1880
18.
Railway station and warehouse – 1881
19.
Meseum – Perak Meseum – 1883
20.
Market building – Taiping Markets – 1884
21.
Prison – Taiping Gaol – 1885
22.
Turf club – Perak Turf Club – 1886
23.
Anglican church – All Saints Church Taiping – 1886
24.
English girls school – Treacher Methodist Girl’s School – 1889
25.
Clock Tower – Taiping Clock Tower – 1890
26.
Esplanade – Espalanade – 1890
27.
Malay newspaper – Seri Perak – June 1893
28.
English newspaper – Perak Pioneer – July 4, 1894
29.
Tamil newspaper – Perak Verthamani – 1894
30.
Armed Forces – Malay States Guides – 1896
31.
Teaching College – Maktab Perguruan Melayu –
32.
Ceylon Association – 1899
33.
Punjabi Association – Khalsa Diwan Malaya Association – 1903
34.
Indian Association – 1906
35.
Recreation park – Coronation Park – 1920
36.
Airfield – Tekah Airport – 1930
37.
Golf Club
38.
Library – Perpustakaan Merdeka
39.
Fire Brigade
40.
Firefly Festival – 21st July 2011
Lampiran B
Lampiran C
SENARAI PROSPEK DERMAWAN
1.
Kamal Bina.
2.
MK Land.
3.
North Corridor Development.
4.
Spritzer Taiping.
5.
Columbia Taiping.
6.
TESCO.
7.
GIANT Hyper Market.
8.
Econsave Supermarket.
9.
McDonald Lake Garden.
10.
Silverstone.
11.
Kentucky Fried Chicken.
12.
Bus Konsortium.
13.
Hotel Taiping Perdana.
14.
Hotel Seri Malaysia.
15.
Hotel Legend Inn.
16.
Flemington Hotel.
17.
ESL Traders Hotel.
18.
PLUS.
19.
CIMB Bank.
20.
MayBank.
21.
Public Bank.
22.
Bank Islam.
23.
RHB Bank.
24.
Standard Chartered Bank.
25.
Kilang2 Besar
UPDATE 22 DISEMBER 2012.
Projek in dibatal atas sebab MPT pun ada merancang projek yg sama.