Saturday, 14 July 2012

MESYUARAT AGONG PERTAMA (AGM) KELAB CINTAI TAIPING.

Rasa lega AGM pertama dah selesai walaupun kehadiran hanya 30 orang sahaja. Terima kasih kepada yg datang dari jauh - Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Klang. Kedatangan anda dapatlah serba sedikit mengubati kehampaan.


Mesyuarat berjalan seperti yg dirancang. Untuk menentukan kesinambungan, tiga personaliti yg menjawat jawatan tiga teratas telah di kekalkan. Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah orang baru. Jawatan 9 AJK / sub-committee akan di putuskan olih AJK secepat mungkin, supaya perjalanan KCT boleh di aturgerak.


AHLI JAWATANKUASA KCT

Presiden                                Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB (Bersara)

Naib Presiden                        Cikgu Bakar Ali.
Setiausaha Agong                  Cikgu Abdul Manaf Abdul Razak.
Penolong Setiausaha              En. Nashri Idris.
Bendahari                             Cikgu Ab Aziz.
Sub Committee                     9 orang (Nama akan di beri kemudian)

Juga di anggap priority adalah pembukaan bank akaun KCT untuk membolehkan wang bayaran ahli dimasukkan terus kedalam akaun KCT. Penghantaran/penerimaan borang ahli akan di teruskan dengan cara email atau by hand.

Majoriti mahukan "OBJ" menjadi penaung/penasihat KCT. Kita akan menghantar surat jemputan kepada beliau dalam masa terdekat ini.

Selain daripada itu, kita akan usahakan projek T shirt KCT sendiri. Kita juga akan buat car sticker, cap, badge dan kad keahlian.

Presiden KCT

No comments:

Post a Comment